MAKAM BERSEJARAH
MAKAM TUN TEJA

Melaka-Sahibul Hikayat

Makam Hang Tuah

Makam Hang Jebat

Makam Hang Kasturi

Makam Dol Said

Makam Tun Teja

Kota A Famosa

Perigi Hang Li Poh

Kota Belanda

Salah satu daripada kesan peninggalan sejarah menarik yang boleh dilawati oleh pelancong di negeri ini ialah Makam tun Teja. Ianya terletak dikampung Sempang, Merlimau iaitu kira-kira 26 Kilometer dari Bandar Melaka.

Satu perkara yang menarik mengenai makam Tun Teja ini ialah kedudukannya yang terletak di tengah-tengah bendang. Iaitu kira-kira 50 meter dari jalan raya. Walau bagaimanapun pengunjung yang ingin melawat makam berkenan pasti tidak akan menghadapi masalah untuk menziarahi makam tersebut kerana terdapat "siar kaki" yang dibina disitu untuk memudahkan pengujung melaluinya.

Dikatakan disekeliling makam tun Teja itu terdapat beberapa makam lain yang dipercayai makam dayang serta pengikut Tun Teja yang meninggal dunia selepas melarikan diri dari Melaka. Namun, hanya terdapat satu makam sahaja yang dapat dikesan di kawasan sawah itu kerana bakinya dikatakan sudah tenggelam atau batu nesannya sudah hilang dan sukar untuk dilihat.

Terdapat andaian mengenai siapakah sebenarnya yang membawa lari Tun Teja dari Pahang ke MElaka. Misalnya, dalam Hikayat Hang Tuah, dikatakan Hang Tuah telah berjaya membawa Tun Teja ke Melaka. Namun menurut catatan Sejarah Melayu, Hang Nadim yang sebenarnya membawa lari Tun Teja ke MElaka berdasarkan kepada tahun yang ada pada ketika itu.

Hasil perkongsian hidup Tun Teja bersama Sultan Mahmud Shah, meeka dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Puteri Amra Dewi dan mereka terpaksa mengundurkan diri dari Melaka apabila Portugis menyerang Melaka pada 1511.

Kembali ke tempat-tempat bersejarah